Skip to main content

Posts

Ganggu orang solat dengan pisau di masjid

  Seorang lelaki ditahan di sebuah masjid At-Taqwa di Gelugor, Georgetown di sini, semalam, kerana didakwa memegang pisau sambil mengganggu jemaah yang hadir menunaikan solat. Hasil pemeriksaan ketika diberkas, polis turut menemui sebilah pisau yang disimpan dalam beg sandang pada suspek berusia 35 tahun itu. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, berkata terdahulu pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu daripada orang awam pada jam 8.25 malam.Berdasarkan aduan diterima, beliau berkata, lelaki terbabit didakwa berlegar di dalam masjid dengan memegang pisau sambil mengganggu jemaah. Soffian berkata, hasil siasatan lanjut mendapati suspek dari Lebuh Mahsuri, Bayan Baru itu tidak bekerja, serta memiliki dua rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah."Susulan itu, suspek direman selama tiga hari hingga 24 Mei ini, dan kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958," katanya.
Recent posts

Kereta meletup kerana rokok dan mercun

Hanya kerana menghisap rokok di dalam kereta yang ada mercun. Itulah yang di katakan peristiwa kereta meletup terjadi di kelantan. Kejadian berlaku di Jalan Pintu Geng, Kampung Sireh di sini, menyebabkan seorang mangsa, Wan Hassan Wan Ali, 49, maut, manakala empat kenderaan lain turut terbakar. Polis melaporkan, letupan itu agak kuat kerana menyebabkan kemusnahan besar dan memberi kesan dalam jarak 100 meter termasuk kepada kenderaan berdekatan, masjid, rumah penduduk dan tadika. "Kejadian ini pertama kali berlaku di negeri ini dan polis Kelantan memohon bantuan daripada Unit Forensik dan Unit Bom Bukit Aman untuk membuat analisis kejadian dan mereka dalam perjalanan ke negeri ini, hari ini. "Hasil analisis termasuk punca kejadian dijangka akan diperoleh tidak lama lagi," kata polis pada sidang media ketika meninjau Kampung Terusan Limbat, Pasir Tumboh di sini, hari ini.

Anak Melayu yang duduk di Bumi Palestin

Palestin kembali bergolak sejurus sebelum Ramadhan berakhir.  Malaysia merupakan antara negara lantang menyuarakan hak penduduk Palestin yang hidup ibarat pendatang di negara sendiri akibat penindasan Israel. Bagi seorang pemuda, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, beliau mengambil langkah untuk bermastautin di Palestin sejak 2013 untuk memudahkannya untuk membela nasib mereka dan melakukan misi kemanusiaan. Beliau  yang juga satu-satunya rakyat Malaysia di Palestin sudah melakukan pelbagai usaha untuk membantu masyarakat negara terbabit yang terkesan akibat ditindas tentera Israel.  Menurutnya, dia menjalankan kutipan dan agihan sumbangan kepada kanak-kanak, mangsa perang, ibu tunggal dan warga emas di Gaza melalui Persatuan Cinta Gaza Malaysia (PCGM) sejak 2013. “Benar banyak badan bukan kerajaan memainkan peranan membantu rakyat Palestin dengan projek besar seperti bina masjid, sekolah dan asrama tetapi bagaimana pula nasib mereka yang tidak mempunyai makanan di rumah"

Nora Danish membaca khatam Al-Quran di bulan ramadhan

Nora Danish baru sahaja berkongsi detik menyentuh hati setelah beliau menghabiskan bacaan Al-Quran pada hari ini. Baginya, hari ini merupakan hari yang istimewa kerana berjaya mengkhatamkan Al-Quran sebelum Syawal menjelang tiba. Tambahnya, Nora menyedekahkan bacaan Al-Quran tersebut buat ayahnya yang telah meninggal dunia. Menurut Nora, beliau akan mengkhatamkan Al-Quran bersama ustaz-ustazah apabila semuanya reda. Nora turut berterima kasih kepada rakan selebriti Elizad Sharifuddin yang turut sempat menghabiskan bacaan Al-Quran sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. InsyaAllah Nora akan Khatam pula bersama ustazah / ustaz pabila semua dah ok. Nampak mudah Khatam ni bagi sesetengah orang, tetapi tidak bagi Nora. Dengan jadual Nora yang padat, niat nak khatam bertahun tahun tersekat. Sampailah masa MCO tergerak hati Nak cari balik @pu_hafiz ada hadiahkan digital pen Al-Quran untuk Rayqal, jadi nak ajar Rayqal mengaji sebab MCO kan, takut lama berhenti menga

Abang Siti Norhaliza bercerai

Tak de hujan, takde ribut, apatah lagi ramalam cuaca, tup- tup kita mendengar khabar, rupa-rupanya kakak ipar dan juga pengurus kepada penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Rozi Abdul Razak kini menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal. Rozi, 46, mengesahkan rumah tangga dia dengan abang kepada Siti iaitu Saiful Bahri Tarudin atau dikenali sebagai Ayie berakhir sejak dua tahun lalu. Rozi mempunyai 3 orang anak bersama dengan ayie. Emmm begitulah lumrah sekarang.  Beliau sekarang yang masih bekerja, berkata harus bekerja lebih kerana anak anak yang semakin membesar. Harap harap si ayah tidak lupa akan tanggung jawab selagi mana bekas isteri tidak berkahwin lain. Mereka masih di dalam tanggungan bekas suami.

Kisah Bunga Cinta Lestari

Setelah kematian Ashraf Sinclair, Bunga Cinta Lestari (BCL) nampaknya masih tidak mampu menerima hakikat akan pemergian suaminya. Dia masih tidak mahu melepaskan sang suami dan harus terus dalam kehidupan BCL sekeluarga. Nampaknya lebih sukar untuk untuk mereka yang berpisah kematian berbandong mereka yang berpisah hidup. Hidup menyendiri kembali atau sebagai ibu tunggal harus di jalani walau dalam apa jua keadaan

Janda suci

Duhai adik yang suci..... Sungguh bahagia sekiranya si gadis mampu menjaga kehormatannya dari di cemari noda lelaki. Di kala ini kita sentiasa mendengar, mahupun melihat tayangan video anak anak gadis melayu yang mudah menyerahkan mahkotanya kepada pasangan yang bukan suaminya. Mereka berani mempertaruhkan keperawanan mereka atas dasar cinta semata. Duhai adik gadis yang suci.... jaga lah kesucianmu dari tangan manusia yang bernama lelaki, kecuali dialah suamimu. Kerana menyerahkan kesucianmu atas dasar cinta semata, terlalu mahal risikonya. Lelaki yang mahu kesucianmu sebelum dia melamarmu, hanyalah menginginkan keseronokan semata. Tidak akan ade sifat bertanggungjawab bagi mereka. Di pujuk rayu kamu supaya menyerahkan kesucian kamu beberapa kali, sehingga mereka sudah bosan lalu mencari pula gadis suci yang baru. Duhai adik yang suci Begitulah lumrah lelaki yang tidak disirami dan di payungi dengan keimanan kepada ALLAH. Walaupun mereka dilihat solat, namun nafsu manusia yang lebih b