Skip to main content

Janda suci

Duhai adik yang suci.....

Sungguh bahagia sekiranya si gadis mampu menjaga kehormatannya dari di cemari noda lelaki. Di kala ini kita sentiasa mendengar, mahupun melihat tayangan video anak anak gadis melayu yang mudah menyerahkan mahkotanya kepada pasangan yang bukan suaminya. Mereka berani mempertaruhkan keperawanan mereka atas dasar cinta semata.

Duhai adik gadis yang suci....

jaga lah kesucianmu dari tangan manusia yang bernama lelaki, kecuali dialah suamimu. Kerana menyerahkan kesucianmu atas dasar cinta semata, terlalu mahal risikonya. Lelaki yang mahu kesucianmu sebelum dia melamarmu, hanyalah menginginkan keseronokan semata. Tidak akan ade sifat bertanggungjawab bagi mereka. Di pujuk rayu kamu supaya menyerahkan kesucian kamu beberapa kali, sehingga mereka sudah bosan lalu mencari pula gadis suci yang baru.

Duhai adik yang suci

Begitulah lumrah lelaki yang tidak disirami dan di payungi dengan keimanan kepada ALLAH. Walaupun mereka dilihat solat, namun nafsu manusia yang lebih besar mampu mengubah manusia itu mencari hamba kepada keinginan seks semata. Kamu merasa nikmat semasa melakukan perbuata itu, tetapi kamu akan terasa satu beban hingga akhir hayat kamu..

Duhai adik yang suci...

Sekiranya kamu sudah terjerumus kedalam perzinaan, sesungguhnya tempat ALLAH itu maha luas bagi mereka yang ingin bertaubat. Ingatlah adik....nikmat kamu hanya sementara sahaja. Dan bagi lelaki yang menggunakan kamu, mereka hanya berminat semasa kamu masih segar dan puas digunakan. Selepas itu, mereka akan membuang kamu seperti sampah yang tidak lagi boleh dijual beli......

Duhai adik yang suci....

Ingatlah....kesucian itu bukan atas dara kamu semata. Sekiranya adik merasa bersalah dan ingin bertaubat, dan bersungguh dalam bertaubat...itu lah permulaaan penyucian diri semata. Ingatlah kisah seorang pelacur yang dapat masuk syurga hanya kerana taubatnya kepada ALLAH setelah kisahnya bersama seekor anjing...Itulah ALLAH. Tuhan yang maha pengampun lagi maha penyayang....sekiranya kamu sudah melakukan dosa, ingatlah akan dosa kamu dan memohon ampun kepada ALLAH. Sesunggunya ALLAH maha mendengar akan taubat hambanya....

Duhai adik yang suci....

Kalau adik rasa ape yang adik lakukan itu satu kebiasaan, maka ingatlah apabila adik mempunyai seorang anak perawan, mahukah adik melihat anak perawan adik di jamah tubuhnya oleh lelaki yang bukan suaminya. Dan dari lelaki ke satu lelaki yang lain....seperti keseronokan sementara yang adik lalui, dia juga merasainya...dan waktu itukah adik akan berkata, jangan buat! sedangkan setiap kali adik melakukan perkara itu, adik tidak pernah menegah diri degan berkata , janga buat!....

Mudahan adik dapat berfikir...dan berfikir....kita adalah manusia...hidup hanyalah untuk lebih kurang 65 tahun sahaja...selepas itu kita akan bertemu Rabbul Izzati....Ingat la adik...kami semua menyayangi kamu dan harap kamu dapat menyayangi diri kamu sendiri...

Comments

Popular posts from this blog

Anak Melayu yang duduk di Bumi Palestin

Palestin kembali bergolak sejurus sebelum Ramadhan berakhir.  Malaysia merupakan antara negara lantang menyuarakan hak penduduk Palestin yang hidup ibarat pendatang di negara sendiri akibat penindasan Israel. Bagi seorang pemuda, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, beliau mengambil langkah untuk bermastautin di Palestin sejak 2013 untuk memudahkannya untuk membela nasib mereka dan melakukan misi kemanusiaan. Beliau  yang juga satu-satunya rakyat Malaysia di Palestin sudah melakukan pelbagai usaha untuk membantu masyarakat negara terbabit yang terkesan akibat ditindas tentera Israel.  Menurutnya, dia menjalankan kutipan dan agihan sumbangan kepada kanak-kanak, mangsa perang, ibu tunggal dan warga emas di Gaza melalui Persatuan Cinta Gaza Malaysia (PCGM) sejak 2013. “Benar banyak badan bukan kerajaan memainkan peranan membantu rakyat Palestin dengan projek besar seperti bina masjid, sekolah dan asrama tetapi bagaimana pula nasib mereka yang tidak mempunyai makanan di rumah"

Nora Danish membaca khatam Al-Quran di bulan ramadhan

Nora Danish baru sahaja berkongsi detik menyentuh hati setelah beliau menghabiskan bacaan Al-Quran pada hari ini. Baginya, hari ini merupakan hari yang istimewa kerana berjaya mengkhatamkan Al-Quran sebelum Syawal menjelang tiba. Tambahnya, Nora menyedekahkan bacaan Al-Quran tersebut buat ayahnya yang telah meninggal dunia. Menurut Nora, beliau akan mengkhatamkan Al-Quran bersama ustaz-ustazah apabila semuanya reda. Nora turut berterima kasih kepada rakan selebriti Elizad Sharifuddin yang turut sempat menghabiskan bacaan Al-Quran sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. InsyaAllah Nora akan Khatam pula bersama ustazah / ustaz pabila semua dah ok. Nampak mudah Khatam ni bagi sesetengah orang, tetapi tidak bagi Nora. Dengan jadual Nora yang padat, niat nak khatam bertahun tahun tersekat. Sampailah masa MCO tergerak hati Nak cari balik @pu_hafiz ada hadiahkan digital pen Al-Quran untuk Rayqal, jadi nak ajar Rayqal mengaji sebab MCO kan, takut lama berhenti menga

Janda sentiasa didalam ketakutan

Jika kita menyebut soal janda, kita mungkin menganggap mereka yang jahat, suka merebut suami orang, suka berhias, suka bergaya di depan lelaki, apatah lagi mereka di katakan suka berbuat maksiat. Namun ape yang pasti wanita yang bergelar janda ini adelah juga manusia yang memerlukan kasih sayang dari lelaki. Mereka di tipu daya oleh lelaki yang memperkosa mereka dengan cara halal, perkahwinan. Kerana motif perkahwinan adelaha berdasarkan nafsu seks semata, bukan kerana tujuan ibadah kepada ALLAH. Jadi, apabila madu habis di hisab, bekas akan ditinggal begitu sahaja. Begitulah nasib kebanyakkan wanita yang ditinggal lelaki. Mereka hilang tempat bergantung . malahan ade juga yang berubah menjadi jahat kerana perbuatan suami mereka yang tidak bertanggungjawab.