Skip to main content

Nasib Wanita yang bergelar isteri

Kadang2 langit tidak sentiasa cerah. Tidak semua isteri mempunyai suami yang baik, kuat pegangan agamanya, bertanggungjawab. Malah semakin ramai suami yang mengabaikan tanggungjawab mereka....

iktibar cerita


Kami berkahwin atas dasar suka sama suka dan dikurniakan empat cahaya mata berusia di antara 10 hingga 16 tahun. Semasa berkahwin, kami hanya pekerja biasa sahaja dan mempunyai pendapatan yang dikira cukup makan saja.

Kini 17 tahun berlalu, kehidupan kami boleh dikatakan bahagia walau hidup dalam kesederhanaan. Beberapa tahun lepas saya telah dinaikkan pangkat dan ini bererti gaji saya melebihi pendapatan suami. Alhamdulillah, kehidupan kami sedikit berubah walaupun tak mewah tapi dapatlah kami menarik nafas lega dalam membesarkan anak-anak yang semakin meningkat remaja.

Oleh kerana gaji suami selalu tak mencukupi jadi sayalah terpaksa membantu untuk perbelanjaan dan segala-galanya. Namun sejak kebelakangan ini saya rasa amat tertekan dengan kos kehidupan yang semakin tinggi dan suami pula mula lepas tangan. Boleh dikatakan perbelanjaan dalam rumah saya yang tanggung semuanya. Duit gaji suami hanya untuk membayar ansuran keretanya sahaja. Itu pun kadang-kala tak berbayar.

Mahu tak mahu, saya juga yang tolong bayarkan. Selebihnya semua saya yang tanggung. Selalu juga saya suruh dia mencari pekerjaan lain dengan gaji yang tetap, tidaklah bergantung kepada kerjanya yang ada sekarang. Sebagai isteri, saya tidak kisah kalau dia sudah puas berusaha namun tidak dapat juga membantu, mungkin tiada rezekinya.

Tapi masalahnya suami tetapi begitu. Mungkin juga suami berfikir gaji saya mampu menanggung keluarga maka dia lepas tangan. Kalau saya banyak cakap, dia akan kata saya tidak sedar diri dan macam-macam lagi. Selalu dia bandingkan kehidupan dulu dengan sekarang dan mengungkit kisah lama yang mana dengan gaji kecil tapi masih mencukupi. Bagi saya, itu dahulu. Sekarang keadaan dan taraf hidup semakin meningkat. Anak-anak pun makin membesar dan memerlukan perbelanjaan yang tinggi.

Saya tidak minta pun wang dari dirinya, cukuplah jika dia bantu membayarkan bil-bil dan perbelanjaan kami sekali-sekala. Baru-baru ini, saya dikejutkan surat dari bank yang menyatakan suami saya gagal membayar ansuran kereta selama tiga bulan dan jika masih tidak dibayar, kereta akan ditarik. Terkedu saya seketika dan puas saya berfikir ke mana pergi wang gajinya selama ini sehingga duit kereta berbulan-bulan tidak dibayar.

Sudahnya saya yang tolong bayarkan... Sedihnya hati hanya Tuhan saja yang tahu. Nak kata beli itu ini tidak nampak apa-apa pun sebab semuanya saya yang tanggung. Itu bab duit, belum masuk bab-bab agama. Puasa dan sembahyang jauh sekali. Gambar-gambar lucah dalam telefon bimbitnya, main nombor ekor sangat biasa baginya. Saya sudah lali dengan perkara-perkara begitu selama hidup dengannya.

Sebagai isteri, saya selalu berdoa dan menasihatinya ke arah kebaikan kerana tidak mahu suami terus lalai dan lupa segala-galanya. Tapi sampai sekarang dia tak pernah berubah. Banyak perkara yang membuat saya terluka dengan sikapnya. Kerana sayangkan dia dan anak-anaklah saya bersabar hingga ke hari ini.

Tapi sampai bilakah saya harus bersabar sedangkan suami masih tak berubah. Kadang-kala, saya terfikir lebih baik saya hidup sendiri dari terus memendam rasa hidup bersamanya. Apakah saya dianggap bodoh kerana menanggung suami yang tidak ada tanggungjawab serta tiada pegangan agama.

Pilih la jodoh yang terbaik buat mu wanita. berdoalah kepada ALLAH dan berbuat lah kebajikan. Jangan la kita mengharap kan emas tetapi kita tetapi kita sendiri menanam kaca.

Comments

Popular posts from this blog

Ganggu orang solat dengan pisau di masjid

  Seorang lelaki ditahan di sebuah masjid At-Taqwa di Gelugor, Georgetown di sini, semalam, kerana didakwa memegang pisau sambil mengganggu jemaah yang hadir menunaikan solat. Hasil pemeriksaan ketika diberkas, polis turut menemui sebilah pisau yang disimpan dalam beg sandang pada suspek berusia 35 tahun itu. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, berkata terdahulu pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu daripada orang awam pada jam 8.25 malam.Berdasarkan aduan diterima, beliau berkata, lelaki terbabit didakwa berlegar di dalam masjid dengan memegang pisau sambil mengganggu jemaah. Soffian berkata, hasil siasatan lanjut mendapati suspek dari Lebuh Mahsuri, Bayan Baru itu tidak bekerja, serta memiliki dua rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah."Susulan itu, suspek direman selama tiga hari hingga 24 Mei ini, dan kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958," katanya.

Kisah Bunga Cinta Lestari

Setelah kematian Ashraf Sinclair, Bunga Cinta Lestari (BCL) nampaknya masih tidak mampu menerima hakikat akan pemergian suaminya. Dia masih tidak mahu melepaskan sang suami dan harus terus dalam kehidupan BCL sekeluarga. Nampaknya lebih sukar untuk untuk mereka yang berpisah kematian berbandong mereka yang berpisah hidup. Hidup menyendiri kembali atau sebagai ibu tunggal harus di jalani walau dalam apa jua keadaan

Janda suci

Duhai adik yang suci..... Sungguh bahagia sekiranya si gadis mampu menjaga kehormatannya dari di cemari noda lelaki. Di kala ini kita sentiasa mendengar, mahupun melihat tayangan video anak anak gadis melayu yang mudah menyerahkan mahkotanya kepada pasangan yang bukan suaminya. Mereka berani mempertaruhkan keperawanan mereka atas dasar cinta semata. Duhai adik gadis yang suci.... jaga lah kesucianmu dari tangan manusia yang bernama lelaki, kecuali dialah suamimu. Kerana menyerahkan kesucianmu atas dasar cinta semata, terlalu mahal risikonya. Lelaki yang mahu kesucianmu sebelum dia melamarmu, hanyalah menginginkan keseronokan semata. Tidak akan ade sifat bertanggungjawab bagi mereka. Di pujuk rayu kamu supaya menyerahkan kesucian kamu beberapa kali, sehingga mereka sudah bosan lalu mencari pula gadis suci yang baru. Duhai adik yang suci Begitulah lumrah lelaki yang tidak disirami dan di payungi dengan keimanan kepada ALLAH. Walaupun mereka dilihat solat, namun nafsu manusia yang lebih b...