Skip to main content

Posts

Showing posts from 2008

Janda suci

Duhai adik yang suci..... Sungguh bahagia sekiranya si gadis mampu menjaga kehormatannya dari di cemari noda lelaki. Di kala ini kita sentiasa mendengar, mahupun melihat tayangan video anak anak gadis melayu yang mudah menyerahkan mahkotanya kepada pasangan yang bukan suaminya. Mereka berani mempertaruhkan keperawanan mereka atas dasar cinta semata. Duhai adik gadis yang suci.... jaga lah kesucianmu dari tangan manusia yang bernama lelaki, kecuali dialah suamimu. Kerana menyerahkan kesucianmu atas dasar cinta semata, terlalu mahal risikonya. Lelaki yang mahu kesucianmu sebelum dia melamarmu, hanyalah menginginkan keseronokan semata. Tidak akan ade sifat bertanggungjawab bagi mereka. Di pujuk rayu kamu supaya menyerahkan kesucian kamu beberapa kali, sehingga mereka sudah bosan lalu mencari pula gadis suci yang baru. Duhai adik yang suci Begitulah lumrah lelaki yang tidak disirami dan di payungi dengan keimanan kepada ALLAH. Walaupun mereka dilihat solat, namun nafsu manusia yang lebih b

Nasib Wanita yang bergelar isteri

Kadang2 langit tidak sentiasa cerah. Tidak semua isteri mempunyai suami yang baik, kuat pegangan agamanya, bertanggungjawab. Malah semakin ramai suami yang mengabaikan tanggungjawab mereka.... iktibar cerita K ami berkahwin atas dasar suka sama suka dan dikurniakan empat cahaya mata berusia di antara 10 hingga 16 tahun. Semasa berkahwin, kami hanya pekerja biasa sahaja dan mempunyai pendapatan yang dikira cukup makan saja. Kini 17 tahun berlalu, kehidupan kami boleh dikatakan bahagia walau hidup dalam kesederhanaan. Beberapa tahun lepas saya telah dinaikkan pangkat dan ini bererti gaji saya melebihi pendapatan suami. Alhamdulillah, kehidupan kami sedikit berubah walaupun tak mewah tapi dapatlah kami menarik nafas lega dalam membesarkan anak-anak yang semakin meningkat remaja. Oleh kerana gaji suami selalu tak mencukupi jadi sayalah terpaksa membantu untuk perbelanjaan dan segala-galanya. Namun sejak kebelakangan ini saya rasa

Janda sentiasa didalam ketakutan

Jika kita menyebut soal janda, kita mungkin menganggap mereka yang jahat, suka merebut suami orang, suka berhias, suka bergaya di depan lelaki, apatah lagi mereka di katakan suka berbuat maksiat. Namun ape yang pasti wanita yang bergelar janda ini adelah juga manusia yang memerlukan kasih sayang dari lelaki. Mereka di tipu daya oleh lelaki yang memperkosa mereka dengan cara halal, perkahwinan. Kerana motif perkahwinan adelaha berdasarkan nafsu seks semata, bukan kerana tujuan ibadah kepada ALLAH. Jadi, apabila madu habis di hisab, bekas akan ditinggal begitu sahaja. Begitulah nasib kebanyakkan wanita yang ditinggal lelaki. Mereka hilang tempat bergantung . malahan ade juga yang berubah menjadi jahat kerana perbuatan suami mereka yang tidak bertanggungjawab.