Skip to main content

Posts

Showing posts from 2020

Nora Danish membaca khatam Al-Quran di bulan ramadhan

Nora Danish baru sahaja berkongsi detik menyentuh hati setelah beliau menghabiskan bacaan Al-Quran pada hari ini. Baginya, hari ini merupakan hari yang istimewa kerana berjaya mengkhatamkan Al-Quran sebelum Syawal menjelang tiba. Tambahnya, Nora menyedekahkan bacaan Al-Quran tersebut buat ayahnya yang telah meninggal dunia. Menurut Nora, beliau akan mengkhatamkan Al-Quran bersama ustaz-ustazah apabila semuanya reda. Nora turut berterima kasih kepada rakan selebriti Elizad Sharifuddin yang turut sempat menghabiskan bacaan Al-Quran sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. InsyaAllah Nora akan Khatam pula bersama ustazah / ustaz pabila semua dah ok. Nampak mudah Khatam ni bagi sesetengah orang, tetapi tidak bagi Nora. Dengan jadual Nora yang padat, niat nak khatam bertahun tahun tersekat. Sampailah masa MCO tergerak hati Nak cari balik @pu_hafiz ada hadiahkan digital pen Al-Quran untuk Rayqal, jadi nak ajar Rayqal mengaji sebab MCO kan, takut lama berhenti menga

Abang Siti Norhaliza bercerai

Tak de hujan, takde ribut, apatah lagi ramalam cuaca, tup- tup kita mendengar khabar, rupa-rupanya kakak ipar dan juga pengurus kepada penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Rozi Abdul Razak kini menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal. Rozi, 46, mengesahkan rumah tangga dia dengan abang kepada Siti iaitu Saiful Bahri Tarudin atau dikenali sebagai Ayie berakhir sejak dua tahun lalu. Rozi mempunyai 3 orang anak bersama dengan ayie. Emmm begitulah lumrah sekarang.  Beliau sekarang yang masih bekerja, berkata harus bekerja lebih kerana anak anak yang semakin membesar. Harap harap si ayah tidak lupa akan tanggung jawab selagi mana bekas isteri tidak berkahwin lain. Mereka masih di dalam tanggungan bekas suami.

Kisah Bunga Cinta Lestari

Setelah kematian Ashraf Sinclair, Bunga Cinta Lestari (BCL) nampaknya masih tidak mampu menerima hakikat akan pemergian suaminya. Dia masih tidak mahu melepaskan sang suami dan harus terus dalam kehidupan BCL sekeluarga. Nampaknya lebih sukar untuk untuk mereka yang berpisah kematian berbandong mereka yang berpisah hidup. Hidup menyendiri kembali atau sebagai ibu tunggal harus di jalani walau dalam apa jua keadaan