Skip to main content

Abang Siti Norhaliza bercerai

Tak de hujan, takde ribut, apatah lagi ramalam cuaca, tup- tup kita mendengar khabar, rupa-rupanya kakak ipar dan juga pengurus kepada penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Rozi Abdul Razak kini menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal.
Rozi, 46, mengesahkan rumah tangga dia dengan abang kepada Siti iaitu Saiful Bahri Tarudin atau dikenali sebagai Ayie berakhir sejak dua tahun lalu.
Rozi mempunyai 3 orang anak bersama dengan ayie. Emmm begitulah lumrah sekarang. 
Beliau sekarang yang masih bekerja, berkata harus bekerja lebih kerana anak anak yang semakin membesar. Harap harap si ayah tidak lupa akan tanggung jawab selagi mana bekas isteri tidak berkahwin lain. Mereka masih di dalam tanggungan bekas suami.

Comments

Popular posts from this blog

Ganggu orang solat dengan pisau di masjid

  Seorang lelaki ditahan di sebuah masjid At-Taqwa di Gelugor, Georgetown di sini, semalam, kerana didakwa memegang pisau sambil mengganggu jemaah yang hadir menunaikan solat. Hasil pemeriksaan ketika diberkas, polis turut menemui sebilah pisau yang disimpan dalam beg sandang pada suspek berusia 35 tahun itu. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, berkata terdahulu pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu daripada orang awam pada jam 8.25 malam.Berdasarkan aduan diterima, beliau berkata, lelaki terbabit didakwa berlegar di dalam masjid dengan memegang pisau sambil mengganggu jemaah. Soffian berkata, hasil siasatan lanjut mendapati suspek dari Lebuh Mahsuri, Bayan Baru itu tidak bekerja, serta memiliki dua rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah."Susulan itu, suspek direman selama tiga hari hingga 24 Mei ini, dan kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958," katanya.

Anak Melayu yang duduk di Bumi Palestin

Palestin kembali bergolak sejurus sebelum Ramadhan berakhir.  Malaysia merupakan antara negara lantang menyuarakan hak penduduk Palestin yang hidup ibarat pendatang di negara sendiri akibat penindasan Israel. Bagi seorang pemuda, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, beliau mengambil langkah untuk bermastautin di Palestin sejak 2013 untuk memudahkannya untuk membela nasib mereka dan melakukan misi kemanusiaan. Beliau  yang juga satu-satunya rakyat Malaysia di Palestin sudah melakukan pelbagai usaha untuk membantu masyarakat negara terbabit yang terkesan akibat ditindas tentera Israel.  Menurutnya, dia menjalankan kutipan dan agihan sumbangan kepada kanak-kanak, mangsa perang, ibu tunggal dan warga emas di Gaza melalui Persatuan Cinta Gaza Malaysia (PCGM) sejak 2013. “Benar banyak badan bukan kerajaan memainkan peranan membantu rakyat Palestin dengan projek besar seperti bina masjid, sekolah dan asrama tetapi bagaimana pula nasib mereka yang tidak mempunyai makanan di rumah"...

Kisah Bunga Cinta Lestari

Setelah kematian Ashraf Sinclair, Bunga Cinta Lestari (BCL) nampaknya masih tidak mampu menerima hakikat akan pemergian suaminya. Dia masih tidak mahu melepaskan sang suami dan harus terus dalam kehidupan BCL sekeluarga. Nampaknya lebih sukar untuk untuk mereka yang berpisah kematian berbandong mereka yang berpisah hidup. Hidup menyendiri kembali atau sebagai ibu tunggal harus di jalani walau dalam apa jua keadaan