Skip to main content

Nora Danish membaca khatam Al-Quran di bulan ramadhan

Nora Danish baru sahaja berkongsi detik menyentuh hati setelah beliau menghabiskan bacaan Al-Quran pada hari ini.
Baginya, hari ini merupakan hari yang istimewa kerana berjaya mengkhatamkan Al-Quran sebelum Syawal menjelang tiba. Tambahnya, Nora menyedekahkan bacaan Al-Quran tersebut buat ayahnya yang telah meninggal dunia.
Menurut Nora, beliau akan mengkhatamkan Al-Quran bersama ustaz-ustazah apabila semuanya reda. Nora turut berterima kasih kepada rakan selebriti Elizad Sharifuddin yang turut sempat menghabiskan bacaan Al-Quran sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
InsyaAllah Nora akan Khatam pula bersama ustazah / ustaz pabila semua dah ok. Nampak mudah Khatam ni bagi sesetengah orang, tetapi tidak bagi Nora.
Dengan jadual Nora yang padat, niat nak khatam bertahun tahun tersekat.

Sampailah masa MCO tergerak hati Nak cari balik @pu_hafiz ada hadiahkan digital pen Al-Quran untuk Rayqal, jadi nak ajar Rayqal mengaji sebab MCO kan, takut lama berhenti mengaji dia lupa. Jadi nya, saya pula berminat dengan pen digital itu. Jadi saya pula start mengaji.
Aturan Allah. Dan ditambahkan pula , bila lihat Instagram @elizadsharifuddin dah Khatam during MCO, lagi berkobar jiwa raga ini. Thank you babe, you pendorong semangat I.
Nota: Dalam setiap gerak kita sehari hari, itulah Ibadah. Solat kita, berdiri kita, duduk kita, mengaji AL-Quran, atau pun termenung….selama mana gerak kita berhubung dengan ALLAH. 

Comments

Popular posts from this blog

Ganggu orang solat dengan pisau di masjid

  Seorang lelaki ditahan di sebuah masjid At-Taqwa di Gelugor, Georgetown di sini, semalam, kerana didakwa memegang pisau sambil mengganggu jemaah yang hadir menunaikan solat. Hasil pemeriksaan ketika diberkas, polis turut menemui sebilah pisau yang disimpan dalam beg sandang pada suspek berusia 35 tahun itu. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, berkata terdahulu pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu daripada orang awam pada jam 8.25 malam.Berdasarkan aduan diterima, beliau berkata, lelaki terbabit didakwa berlegar di dalam masjid dengan memegang pisau sambil mengganggu jemaah. Soffian berkata, hasil siasatan lanjut mendapati suspek dari Lebuh Mahsuri, Bayan Baru itu tidak bekerja, serta memiliki dua rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah."Susulan itu, suspek direman selama tiga hari hingga 24 Mei ini, dan kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958," katanya.

Kisah Bunga Cinta Lestari

Setelah kematian Ashraf Sinclair, Bunga Cinta Lestari (BCL) nampaknya masih tidak mampu menerima hakikat akan pemergian suaminya. Dia masih tidak mahu melepaskan sang suami dan harus terus dalam kehidupan BCL sekeluarga. Nampaknya lebih sukar untuk untuk mereka yang berpisah kematian berbandong mereka yang berpisah hidup. Hidup menyendiri kembali atau sebagai ibu tunggal harus di jalani walau dalam apa jua keadaan

Janda suci

Duhai adik yang suci..... Sungguh bahagia sekiranya si gadis mampu menjaga kehormatannya dari di cemari noda lelaki. Di kala ini kita sentiasa mendengar, mahupun melihat tayangan video anak anak gadis melayu yang mudah menyerahkan mahkotanya kepada pasangan yang bukan suaminya. Mereka berani mempertaruhkan keperawanan mereka atas dasar cinta semata. Duhai adik gadis yang suci.... jaga lah kesucianmu dari tangan manusia yang bernama lelaki, kecuali dialah suamimu. Kerana menyerahkan kesucianmu atas dasar cinta semata, terlalu mahal risikonya. Lelaki yang mahu kesucianmu sebelum dia melamarmu, hanyalah menginginkan keseronokan semata. Tidak akan ade sifat bertanggungjawab bagi mereka. Di pujuk rayu kamu supaya menyerahkan kesucian kamu beberapa kali, sehingga mereka sudah bosan lalu mencari pula gadis suci yang baru. Duhai adik yang suci Begitulah lumrah lelaki yang tidak disirami dan di payungi dengan keimanan kepada ALLAH. Walaupun mereka dilihat solat, namun nafsu manusia yang lebih b...