Skip to main content

Kereta meletup kerana rokok dan mercun


Hanya kerana menghisap rokok di dalam kereta yang ada mercun. Itulah yang di katakan peristiwa kereta meletup terjadi di kelantan. Kejadian berlaku di Jalan Pintu Geng, Kampung Sireh di sini, menyebabkan seorang mangsa, Wan Hassan Wan Ali, 49, maut, manakala empat kenderaan lain turut terbakar. Polis melaporkan, letupan itu agak kuat kerana menyebabkan kemusnahan besar dan memberi kesan dalam jarak 100 meter termasuk kepada kenderaan berdekatan, masjid, rumah penduduk dan tadika.

"Kejadian ini pertama kali berlaku di negeri ini dan polis Kelantan memohon bantuan daripada Unit Forensik dan Unit Bom Bukit Aman untuk membuat analisis kejadian dan mereka dalam perjalanan ke negeri ini, hari ini.

"Hasil analisis termasuk punca kejadian dijangka akan diperoleh tidak lama lagi," kata polis pada sidang media ketika meninjau Kampung Terusan Limbat, Pasir Tumboh di sini, hari ini.








Comments

Popular posts from this blog

Ganggu orang solat dengan pisau di masjid

  Seorang lelaki ditahan di sebuah masjid At-Taqwa di Gelugor, Georgetown di sini, semalam, kerana didakwa memegang pisau sambil mengganggu jemaah yang hadir menunaikan solat. Hasil pemeriksaan ketika diberkas, polis turut menemui sebilah pisau yang disimpan dalam beg sandang pada suspek berusia 35 tahun itu. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, berkata terdahulu pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu daripada orang awam pada jam 8.25 malam.Berdasarkan aduan diterima, beliau berkata, lelaki terbabit didakwa berlegar di dalam masjid dengan memegang pisau sambil mengganggu jemaah. Soffian berkata, hasil siasatan lanjut mendapati suspek dari Lebuh Mahsuri, Bayan Baru itu tidak bekerja, serta memiliki dua rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah."Susulan itu, suspek direman selama tiga hari hingga 24 Mei ini, dan kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958," katanya.

Kisah Bunga Cinta Lestari

Setelah kematian Ashraf Sinclair, Bunga Cinta Lestari (BCL) nampaknya masih tidak mampu menerima hakikat akan pemergian suaminya. Dia masih tidak mahu melepaskan sang suami dan harus terus dalam kehidupan BCL sekeluarga. Nampaknya lebih sukar untuk untuk mereka yang berpisah kematian berbandong mereka yang berpisah hidup. Hidup menyendiri kembali atau sebagai ibu tunggal harus di jalani walau dalam apa jua keadaan

Janda suci

Duhai adik yang suci..... Sungguh bahagia sekiranya si gadis mampu menjaga kehormatannya dari di cemari noda lelaki. Di kala ini kita sentiasa mendengar, mahupun melihat tayangan video anak anak gadis melayu yang mudah menyerahkan mahkotanya kepada pasangan yang bukan suaminya. Mereka berani mempertaruhkan keperawanan mereka atas dasar cinta semata. Duhai adik gadis yang suci.... jaga lah kesucianmu dari tangan manusia yang bernama lelaki, kecuali dialah suamimu. Kerana menyerahkan kesucianmu atas dasar cinta semata, terlalu mahal risikonya. Lelaki yang mahu kesucianmu sebelum dia melamarmu, hanyalah menginginkan keseronokan semata. Tidak akan ade sifat bertanggungjawab bagi mereka. Di pujuk rayu kamu supaya menyerahkan kesucian kamu beberapa kali, sehingga mereka sudah bosan lalu mencari pula gadis suci yang baru. Duhai adik yang suci Begitulah lumrah lelaki yang tidak disirami dan di payungi dengan keimanan kepada ALLAH. Walaupun mereka dilihat solat, namun nafsu manusia yang lebih b...